awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke PAU

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/06/2023
01:40 MYT
Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke PAU
Sebaik sahaja masuk ke dalam Dewan Merdeka, Perdana Menteri terus duduk di atas pentas, bersebelahan Ahmad Zahid. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Selepas dipecat daripada UMNO pada 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjejakkan kaki ke Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi menyertai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.
Perdana Menteri, yang memakai Baju Melayu berwarna biru, tiba pada jam 9 pagi dan disambut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kehadiran beliau turut disambut beberapa pemimpin UMNO lain dan kira-kira 6,000 perwakilan parti yang sudah berada di Dewan Merdeka sejak awal pagi tadi,
Selain Anwar, turut hadir ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Parti Warisan Negara (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sebaik sahaja masuk ke dalam Dewan Merdeka, Perdana Menteri terus duduk di atas pentas, bersebelahan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.
Program kemudian diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum Majlis Perasmian PAU2023 dimulakan kira-kira jam 9.25 pagi.
Berdasarkan jadual diberikan kepada media, Ahmad Zahid dijadual menyampaikan ucapan dasar yang akan turut disampaikan di hadapan Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#PAU 2023
#Anwar Ibrahim
#WTCKL
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan