ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Ogos 2023.

1. Taib Mahmud semakin sihat, kembali ke tanah air 15 Ogos

Selain bercuti, Abdul Taib juga menjalani prosedur pembedahan ringan bagi membaiki ususnya, yang pernah dijangkiti barah sebelum ini.


2. PRN: "Jual kerusi? Kami kempen pun ala kadar..." - Peja

Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan kononnya beliau 'menjual kerusi' kepada calon yang dipertaruhkan di negeri itu pada PRN kali ini.


3. Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang

Seorang wanita ditahan selepas dipercayai membelasah bekas suaminya di sebuah rumah di Bukit Indah, Ampang, pada Ahad.


4. PRN: Dr Faiz Na'aman letak jawatan, umum keluar Bersatu

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na'aman mengumumkan meletak jawatan termasuk berhenti sebagai ahli parti itu berkuat kuasa hari ini.


5. Inspektor Sheila akan fail bantahan awal kes aib, ugut

Pihak pembelaan bagi pihak Inspektor Sheila akan memfailkan bantahan awal di Mahkamah Majistret, Selayang dalam masa terdekat terhadap dua pertuduhan mengaibkan dan satu kes mengugut yang dikenakan terhadapnya.


6. Sanusi mohon maaf, perjelas dakwaan 'direhatkan'

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf atas ketidakhadiran beliau dalam dua program ceramah politik berturut-turut.


7. KKD, syarikat Telco tawar Pakej 5G Rahmah, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Rakyat Malaysia kini bakal menikmati pakej perkhidmatan Internet 5G, bersekali dengan telefon pintar 5G dengan harga yang jauh lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran dengan Pakej 5G RAHMAH.


8. Kanak-kanak sembilan tahun kes termuda lahir anak luar nikah

Negara mencatatkan kes termuda kelahiran anak luar nikah membabitkan kanak-kanak perempuan sembilan tahun selepas menjadi mangsa seksual abang sendiri yang terpengaruh dengan video pornografi.


9. SPRM kesan dua individu termasuk menantu Muhyiddin

SPRM mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.


10. Tiada peruntukan Perlembagaan keputusan PRN boleh ubah Kerajaan Persekutuan - Azalina

Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini akan membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.