ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 September 2023.

1. Garis panduan aktiviti hiburan di IPT: Penglibatan MPP penuhi aspirasi mahasiswa

Barisan MPP UMK menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan autonomi kepada mahasiswa dan pihak universiti.


2. Kemasukan ke UA berdasarkan prinsip meritokrasi - KPT

Semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang.


3. Kembara Kenali Borneo akhiri jelajah di Sabah pada hari kelima

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak.


4. KPKM hadkan pembelian maksimum 100kg beras putih tempatan

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan had pembelian maksimum 100 kilogram (kg) beras putih tempatan (BPT) bagi setiap individu atau syarikat berkuat kuasa serta-merta


5. BNM kekal OPR pada 3 peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.


6. Fitnah ceramah politik di masjid, Fahmi Fadzil saman tiga individu

Beliau memfailkan saman terhadap blogger "Papagomo" atas dakwaan memfitnah kononnya beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.


7. Bung Moktar, Zizie Izette lepas bebas kes rasuah RM2.8 juta

Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada ketiga-tiga pertuduhan rasuah.


8. Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kedua-dua kertas siasatan itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.


9. ASEAN ada konsensus, dan ia dihormati kuasa-kuasa besar dunia - PM Anwar

Prinsip itu telah disampaikan kepada rakan-rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China, Rusia dan Kanada, dan ia nyata diterima baik oleh mereka.


10. Malaysia satu-satunya negara perjuang hak Palestin di Sidang Kemuncak ASEAN - PM Anwar

Malaysia adalah satu-satunya negara yang tegas menyuarakan pandangan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, susulan penindasan berterusan Israel ke atas Palestin, yang sudah berlarutan sejak 75 tahun lepas.