Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 11, 2023 15:46 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 September 2023.
1. PM bentang KSP RMK12, sasar pemerkasaan ekonomi negara dalam 10 tahun
Tiga tumpuan utama rancangan tersebut ialah - memperkukuh kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera, dan menuju negara berpendapatan tinggi.
2. Dakwaan miliki rumah RM20 juta, Nurulhidayah akan buat laporan polis
Anak sulung Ahmad Zahid itu turut menafikan fitnah tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
3. Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Tiada sebab untuk mengusik keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati perayu bersalah atas semua pertuduhan berkenaan.
4. Subsidi bersasar dijangka bermula 2024 - Rafizi
Program Subsidi Bersasar dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun depan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
5. SPRM akan panggil Sanusi selewat-lewatnya minggu depan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tersebut sudah berada di peringkat akhir, namun perlu melihat kepada beberapa perkara dalam konteks undang-undang, sistem dan prosedur.
6. Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok.
7. Kes tuntutan harta RM2 bilion balu Jamaludin Jarjis diteruskan dengan bicara
Kes tuntutan harta lebih RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail terhadap empat anak dan ibu mentuanya hari ini gagal diselesaikan secara baik.
8. Rajinikanth kunjungi PM, nyata hasrat masukkan perjuangan Anwar dalam filem
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth ke pejabatnya di Putrajaya.
9. Tarik sokongan: Kerajaan tak pinda perlembagaan setiap hari - Khaled
Pindaan Perlembagaan Persekutuan tidak dilaksanakan setiap hari, yang menetapkan kerajaan perlu memperoleh sokongan dua per tiga di dalam Dewan Rakyat.
10. RMK12: Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan diperkenalkan - PM Anwar
Kerajaan akan memperkenalkan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti sebagai panduan tatakelola bebas rasuah kepada semua entiti baik dalam sektor awam mahupun swasta.
#berita pilihan #berita tempatan #Akta Tatakelola Sektor Awam #blok pembangkang