awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2023
02:50 MYT
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Tragedi kebakaran menyayat hati yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menyebabkan seramai 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz tersebut. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Seorang pemuda berusia 22 tahun yang didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah enam tahun lalu, kekal dihukum penjara selama diperkenan Yang-di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Rayuan, di sini pada Isnin.
Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Abu Bakar Jais (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) selepas menolak rayuan lelaki itu selaku perayu pertama untuk dibebaskan daripada kes tersebut.
Turut bersidang ialah Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun.
Ketika membaca keputusan penghakiman, Che Mohd Ruzima berkata, tiada sebab untuk mengusik keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati perayu bersalah atas semua pertuduhan berkenaan.
“Dapatan itu adalah selamat dan harus dikekalkan, maka rayuan perayu ditolak. Hukuman yang dijatuhi juga dikekalkan,” katanya.
Pada 17 Ogos 2020, tertuduh telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi dengan kesalahan membunuh dan diperintahkan supaya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang-di-Pertuan Agong.
Pada tarikh sama, Mahkamah TInggi membebas dan melepaskan seorang lagi remaja berumur 22 tahun bagi pertuduhan yang sama tanpa perlu memanggil dia untuk membela diri.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu ketika kejadian, bersama seorang lagi individu tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang yang menghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 September 2017. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Darul Quran Ittifaqiyah
#penghuni tahfiz
#kekal dihukum penjara
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan