awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2023
15:58 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Oktober 2023.
1. Tindakan pengeboman hospital Gaza adalah 'gila', tiada perikemanusiaan - Anwar
Tindakan pengeboman Hospital Al-Ahli al-Arab di Utara Gaza, sehingga menyebabkan 500 kematian termasuk wanita dan kanak-kanak, sudah sampai ke tahap gila, dan tidak berperikemanusiaan
2. Pengasas bersama syarikat penerbangan direman empat hari
Polis telah mendapat perintah reman selama empat hari berhubung penahanan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya, bermula Rabu.
3. 'Tiada perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod JAKIM' - Mohd Na'im
Tiada sebarang kes perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam negeri di seluruh negara, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
4. IMF: KDNK Malaysia dijangka meningkat 4.3 peratus pada 2024
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023.
5. Lelaki ceroboh, mengamuk pecah patung kuil ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang menceroboh dan mengamuk dengan memecahkan patung milik sebuah kuil di Matang dekat sini pada Rabu.
6. Muhyiddin nafi ada kaitan dengan MYAirline
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau ada kaitan dengan syarikat penerbangan yang digantung operasi, MYAirline, atau mana-mana pemegang saham syarikat tersebut.
7. PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
8. Tun M persoal langkah kerajaan terus simpan rizab di AS
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan keperluan untuk terus menyimpan rizab negara dalam bentuk bon di Amerika Syarikat (AS), sedangkan pulangan yang diterima hanya sedikit.
9. AS$681 juta dalam akaun Najib hasil aktiviti haram - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 adalah hasil daripada aktiviti haram.
10. Kerajaan nafi ambil alih saham UEM, Renong Berhad secara paksa 23 tahun lepas
Kerajaan Malaysia menafikan telah mengambil alih pemegangan saham United Engineers Malaysia Bhd (UEM) dan Renong Berhad milik bekas Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Tan Sri Halim Saad secara paksa, 23 tahun lepas.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#Berita AWANI
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan