ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Oktober 2023.

1. Malaysia, Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi hentikan keganasan di Gaza

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan itu disuarakan semasa perbualan telefon antara beliau dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.


2. Pengunjung Genting Highlands bakal dikenakan kutipan tol

Pemandu hanya dikenakan bayaran semasa ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi tersebut.


3. Dua penyokong ditahan ketika perlawanan Perak FC, JDT

Tangkapan itu bagaimanapun hanya melibatkan kesalahan kecil tanpa sebarang isu rusuhan atau pergaduhan.


4. Tun Mahathir calon PRK Kemaman? Tidak, kata Abdul Hadi

Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan datang.


5. Umpama 'Perang Dunia Ketiga', tiada tempat selamat di Gaza - Pengurus MyCARE Gaza

"Saudaraku di seluruh dunia. Kami ingin memaklumkan anda, keadaan kami tidak baik," kata Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada.


6. Malaysia sedia sertai misi kemanusiaan antarabangsa ke Palestin - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap anggota Majlis Keselamatan PBB, terutamanya lima anggota tetap badan dunia itu memainkan peranan mereka sebagai broker keamanan yang jujur.


7. Dakwaan hisap vape: Jurugambar mohon maaf kepada Ikmal Hisham

Jurugambar, Sadiq Asyraf membuat permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz susulan dakwaan menghisap vape.


8. Dua maut, dua parah, nahas enam kenderaan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh

Dua orang maut, dua parah dan beberapa lagi cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer 389, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Tanjung Malim, hari ini.


9. Umpama 'Perang Dunia Ketiga', tiada tempat selamat di Gaza - Pengurus MyCARE Gaza

"Saudaraku di seluruh dunia. Kami ingin memaklumkan anda, keadaan kami tidak baik," kata Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada.


10. Ahmad Said dilantik Pengarah Jentera BN PRK Kemaman

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.