awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi hentikan keganasan di Gaza

Bernama
Bernama
20/10/2023
04:32 MYT
Malaysia, Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi hentikan keganasan di Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan itu disuarakan semasa perbualan telefon antara beliau dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan di Gaza ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan itu disuarakan semasa perbualan telefon antara beliau dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.
"Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin," kata Anwar menerusi catatan di akaun X beliau.
Saya sempat mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza. Kami berdua sepakat bahawa perlunya usaha tuntas bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan yang berlaku ketika ini. Kami juga berharap agar semua
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 20, 2023
Perdana Menteri berkata, beliau juga menerima penjelasan mengenai serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam dan bersama-sama dengan Abbas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.
Perdana Menteri kini berada di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Malaysia adalah penyelaras ASEAN bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, yang bertujuan mengoptimumkan kerjasama antara kedua-dua pertubuhan serantau itu.
Sidang kemuncak itu dijangka membincangkan konflik Israel-Palestin dan mencari jalan untuk menoktahkan penderitaan penduduk Gaza susulan tindakan ketenteraan terkini oleh rejim Zionis. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#PM Anwar Ibrahim
#Presiden Mahmoud Abbas
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan