ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Oktober 2023.


1. Malaysia sedar risiko lantang perjuangkan isu Palestin - PM Anwar 

Malaysia menyedari dan menjangka akan ada tindak balas dari beberapa negara Barat berhubung kelantangannya dalam menyuarakan isu Palestin, namun ia akan terus memperjuangkan nasib penduduk Palestin di peringkat antarabangsa.



2. Mahu atau tidak, kerajaan ini mesti ditumbangkan - Sanusi 

Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka berlaku dalam penggal ini tidak boleh memberikan kelebihan kepada parti di bawah Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


3. Bapa, kekasih mengaku bersalah abaikan anak tujuh tahun

Seorang bapa dan teman wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki sehingga kesihatannya merosot, dari Julai sehingga Oktober tahun ini.


4. Ribuan rakyat sertai Himpunan Solidariti Palestin di Dataran Merdeka

Dataran Merdeka di sini menjadi saksi solidariti rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama yang berhimpun bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.


5. Abdul Hadi kekal Presiden Pas

Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.


6. DAP tidak pernah antiraja - Loke

DAP menjelaskan parti itu tidak pernah bersikap antiraja sebaliknya menjunjung tinggi sistem Raja Perlembagaan dan menghormati institusi diraja seperti termaktub dalam Perlembagaan, kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke.


7. MCA lulus lima resolusi pada Perhimpunan Agung Ke-70

Perhimpunan Agung MCA Ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan lima resolusi meliputi hal ehwal parti, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan.


8. Tindakan tegas terhadap majikan gagal patuhi undang-undang buruh, imigresen - Sivakumar

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal mematuhi undang-undang buruh dan imigresen serta sebarang aktiviti penipuan yang dilakukan majikan semasa Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).


9. Isu Palestin: Dunia harus bangkit, hentikan hipokrasi - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dunia perlu bangkit dan menghentikan sikap hipokrit yang sangat jelas mengenai situasi yang sedang berlaku di Gaza.


10. UMNO terus pertahan falsafah perjuangan demi agama, bangsa dan negara - Ahmad Zahid

UMNO akan terus mempertahankan falsafah perjuangannya demi agama, bangsa dan negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.