awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2023
15:56 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Oktober 2023.
1. Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad
Kerajaan akan memastikan harga jualan bagi ayam yang akan diapungkan itu terus berada pada kadar munasabah.
2. Kos baik pulih lebih enam blok bangunan SMK Munshi Abdullah cecah RM3 juta
JKR negeri memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan mengambil masa kira-kira enam bulan.
3. Promosi nasi kandar babi umpama hina industri - PRESMA
Tindakan mempromosikan nasi kandar dengan hidangan babi merupakan satu bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia, tegas Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).
4. Putuskan bekalan elektrik konsert jika buat perkara tidak senonoh - Nie Ching
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta penganjur konsert, terutamanya untuk artis luar negara menyediakan ‘kill switch’ dalam konsert anjuran mereka.
5. 8.5 juta dos vaksin COVID-19 telah luput - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.
6. Jumlah kematian di Malaysia menurun pada 2022
Bilangan kematian menurun lapan peratus pada 2022 kepada 206,525 berbanding 224,569 kematian pada 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
7. Malaysia akan balas pelaburan Singapura dengan selesaikan isu tertunggak - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia pasti akan membalas pelaburan dan perdagangan yang semakin meningkat dari Singapura ke Malaysia dengan usaha serius untuk menyelesaikan sebahagian besar isu yang masih belum selesai.
8. Batu Puteh: Peguam Negara Malaysia-Singapura perlu dilibatkan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura dalam rundingan.
9. Singapura, Malaysia akan perkukuh kerjasama tenaga boleh baharu
Singapura dan Malaysia bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
10. Saringan ketat untuk pemilihan 500 pelajar program MyBrain 2.0
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan saringan ketat dalam pemilihan 500 pelajar cemerlang setahun bagi program biasiswa MyBrain yang diperkenalkan semula tahun depan sebagai MyBrain 2.0.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#MyBrain 2 0
#tenaga boleh baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan