SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia pasti akan membalas pelaburan dan perdagangan yang semakin meningkat dari Singapura ke Malaysia dengan usaha serius untuk menyelesaikan sebahagian besar isu yang masih belum selesai.
"...isu tertunggak kadangkala dianggap boleh menimbulkan pertikaian...di sini saya mencadangkan sebahagian besarnya, diselesaikan secara baik melalui hubungan persahabatan," kata Anwar dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong.
Anwar berbesar hati melihat kepada tahap pencapaian dalam menyelesaikan isu-isu berkenaan yang menurut beliau "tidak pernah berlaku sebelum ini."
Kedua-dua pemimpin itu bertemu di Singapura pada Isnin untuk Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 yang pertama sejak pandemik COVID-19.
Anwar berkata beliau sering mencadangkan agar kedua-dua negara tidak mengambil isu itu secara berasingan sebaliknya melihat secara keseluruhan dari sudut bilateral dan kepentingan untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Menyentuh mengenai isu bekalan air yang telah lama tertunggak, Anwar berkata pendirian Malaysia adalah jelas, "kami perlu menghormati komitmen bekalan air dari Johor ke Singapura."
"Kita perlu bekerjasama untuk memastikan Johor akan dapat meningkatkan kapasiti melalui sungai Johor untuk memenuhi keperluan Johor dan Singapura.
"Saya rasa daripada hanya menumpukan kepada mekanisme harga, kita patut melihat kepada kemungkinan Singapura menyertai usaha bersama...satu kajian yang boleh dilaksanakan segera dan juga dari segi pengurusan sungai Johor dengan negeri Johor," katanya.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pemukiman itu, kedua-dua pemimpin mengesahkan komitmen mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Air Sungai Johor 1962 (62WA).
Kedua-dua pemimpin bersetuju membentuk semula Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi menyambung perbincangan mengenai usaha melindungi kualiti air, selain meningkatkan hasil Sungai Johor, bagi memastikan bekalan air mampan seperti yang termaktub dalam 62WA.
Mereka juga sepakat supaya kedua-dua negara menyambung semula perbincangan mengenai harga air mentah dan terawat, tanpa menjejaskan kedudukan masing-masing yang lama telah dibuat mengenai hak untuk menyemak semula harga berdasarkan 62RW.
Anwar dan Lee turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa perairan Singapura dan Johor atas kerjasama erat yang berterusan berhubung kait isu air.
Kedua-dua pemimpin juga menggalakkan pihak berkuasa air supaya mengekalkan hubungan kerja cemerlang mereka selain mengharapkan lebih banyak bidang kerjasama diwujudkan antara kedua-dua negara.
Mengenai isu ruang udara, Anwar berkata beberapa persetujuan mengenai parameter rundingan telah dipersetujui yang menggambarkan "pencapaian luar biasa dalam hubungan dua hala".
Dalam kenyataan bersama itu kedua-dua pemimpin antara lain bersetuju untuk mengkaji semula pengaturan delegasi bagi menyediakan perkhidmatan trafik udara di Selatan Semenanjung Malaysia.
Ini disyorkan dan diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada tahun 1973 dan dilaksanakan melalui Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura mengenai Ketibaan, Berlepas dan Penerbangan Singapura 1974.
"Semakan ini hendaklah mengikut keperluan ICAO dalam pengurusan trafik udara yang selamat dan cekap serta menampung keperluan operasi semasa kedua-dua negara dan akan datang," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pemimpin menugaskan Menteri Pengangkutan masing-masing untuk berbincang dan bersetuju mengenai satu set prinsip dan hasil untuk membantu kedua-dua pihak berkuasa penerbangan awam bergerak secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Anwar dan Hsien Loong bertemu di Singapura pada Isnin untuk Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 yang pertama sejak pandemik COVID-19. - Gambar/ Bernama
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).