Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 1, 2024 23:56 MYT
Februari 1, 2024 23:56 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Februari 2024.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta di kawasan parkir Hospital Shah Alam.
Kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dikeluarkan minggu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Institusi diraja wajib dan boleh bersuara sekiranya melihat sesuatu perkara yang tidak adil berlaku di dalam negara melibatkan sebarang isu termasuk politik, kata Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Aliran negatif Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) pada kadar 1.3 peratus Disember 2023, berpotensi menyebabkan pengeluar mengehadkan input pengeluaran.
Sultan Ibrahim turut mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib berkongsi luahan hati sambil berkongsi gambar bapanya di Instagram Story.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja-Raja sealiran menyokong langkah kerajaan mempertingkat tatakelola membersihkan negara daripada amalan rasuah.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beranggapan bahawa sebarang keputusan dibuat Lembaga Pengampunan berhubung kes mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi implikasi besar terhadap negara.
Akta Salah Laku Penjawat Awam perlu diwujudkan oleh Kerajaan sebagai usaha tambahan memerangi rasuah dengan berkesan.
Kehadiran ikon bola sepak Inggeris, David Beckham pada program Adidas Bola Sepak Wanita Malaysia (AMGFP) menggamatkan suasana pelancarannya yang berlangsung di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara di sini, hari ini.