awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Sentiasa menunggu kepulanganmu, however long it takes” - Yana Najib

Gempak
Gempak
01/02/2024
09:51 MYT
“Sentiasa menunggu kepulanganmu, however long it takes” - Yana Najib
Yana yang merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO itu menulis sepotong ayat sambil meletakkan instrumental lagu Fix You sebagai muzik latar.
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib berkongsi luahan hati sambil berkongsi gambar bapanya di Instagram Story.
Menerusi perkongsian tersebut, Yana yang merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO itu menulis sepotong ayat sambil meletakkan instrumental lagu Fix You sebagai muzik latar.
“Sentiasa menunggu kepulanganmu, however long it takes,” tulisnya seperti dilapor Gempak.
Lembaga Pengampunan keluar kenyataan minggu ini - Zaliha
Media antarabangsa Channel NewsAsia (CNA) dalam laporannya, mendakwa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.
Media itu yang memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, melaporkan pengurangan hukuman penjara terhadap Najib atas kesalahan rasuah dibuat Lembaga Pengampunan itu dalam mesyuarat pada Isnin lepas.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, dilapor Bernama, berkata kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan Najib dijangka dikeluarkan minggu ini.
"Itu nanti kita tunggu kenyataan (Lembaga Pengampunan)... insya-Allah minggu ini kita harapkan," katanya.
Beliau yang juga antara anggota Lembaga Pengampunan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 di Kuala Lumpur hari ini, sebagai mengulas status Najib berhubung isu berkenaan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam dilaporkan berkata isu pengampunan Najib turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu namun mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan mengenainya.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Yana Najib
#pengampunan Najib
#najib bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan