Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 3, 2024 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Februari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Februari 2024.
1. Dua maut, 1 cedera nahas babit 7 kenderaan di lebuh raya PLUS
Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga lori dan empat kereta di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Kampung Tersusun Tekah, di sini, hari ini.
2. Mahu berjaya seperti Khairul Aming? Ini tiga teras yang perlu anda beri perhatian...
Bagi anda yang mungkin sangat terinspirasi dengan Khairul Aming, berikut tiga perkara penting yang perlu anda beri perhatian.
3. Pengampunan Najib: 'Keputusan beri kesan besar kepercayaan rakyat kepada sistem keadilan negara' - Bersih
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendesak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjalani hukuman penuh seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara sebelum ini.
4. Pengampunan Najib: 'Hormat keputusan Lembaga Pengampunan, jangan terlanjur komen' - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memohon semua pihak untuk menghormati dan tidak terlanjur dalam membuat komen termasuk di media sosial berhubung keputusan Lembaga Pengampunan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
5. Pengampunan Najib: UMNO hormati keputusan YDPA, teruskan usaha dapatkan pembelaan
Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) hari ini bersetuju meneruskan usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
6. KPM tubuh pasukan petugas khas selaras semula prasekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan pasukan khas untuk penyelarasan semula sistem pendidikan prasekolah di bawah kementerian itu bagi mempercepat reformasi pendidikan.
7. Tanah runtuh: Banglo tiga tingkat diarah dikosongkan, kolam renang bocor disyaki punca
Sebuah banglo tiga tingkat di Taman Bukit Pantai, Bangsar, di sini terjejas akibat tanah runtuh, pada Sabtu.
8. Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh
Dua tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Khamis lalu sempat menunaikan solat Subuh bersama penduduk Kampung Batu Melintang di Tapah sebelum ditahan semula polis.
9. Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asing institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu seperti sektor teknologi tinggi dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
10. Pempengaruh Boss Mario hilang, kereta ditemukan di Pantai Klebang
Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Boss Mario dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Pertam Jaya, Semabok, awal pagi semalam.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI