awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pempengaruh Boss Mario hilang, kereta ditemukan di Pantai Klebang

Bernama
Bernama
03/02/2024
13:44 MYT
Pempengaruh Boss Mario hilang, kereta ditemukan di Pantai Klebang
Tangkap layar mengenai kehilangan Boss Mario di Facebook pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Boss Mario dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Pertam Jaya, Semabok, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kehilangan Yew Boon Xiang, 30, dilaporkan abangnya di Balai Polis Batang Tiga pada 9.35 malam semalam, selepas pempengaruh itu tidak menjawab panggilan telefon sejak pukul 8 pagi.
"Panggilannya yang berkali-kali tidak berjawab dan perkara itu tidak pernah berlaku. Disebabkan itu, abangnya pergi ke rumah Boss Mario di Taman Pertam Jaya, Semabok untuk memeriksa keadaan, namun adiknya itu tidak ada di rumah.
"Hasil semakan menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati adiknya itu keluar rumah dengan menaiki keretanya jenis Honda City pada 3 pagi, sebelum dia mendapat tahu bahawa kereta itu diletakkan di kawasan Pantai Klebang dalam keadaan berkunci pada 6 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Boss Mario agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu berita kehilangan Boss Mario yang mempunyai seramai 222,000 pengikut di Facebook itu tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pempengaruh media sosial
#Boss Mario
#Yew Boon Xiang
#Polis Daerah Melaka Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan