TAPAH: Dua tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Khamis lalu sempat menunaikan solat Subuh bersama penduduk Kampung Batu Melintang di sini sebelum ditahan semula polis.
Siak Masjid Al-Rahmaniah, Ahmad Ishak Mat Isa, 54, berkata, kehadiran kedua-dua pendatang asing tanpa izin (PATI) disedari ketika mereka berkaki ayam menuju ke masjid sekitar jam 6 pagi.
"Keadaan mereka dilihat sangat lemah dengan kesan calar dan kemerah-merahan akibat melecet di kaki.
"Tanpa banyak bicara mereka terus mengambil wuduk dan berada di saf depan dan solat berjemaah bersama kami," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.
Menurut Ahmad, curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk sempat menahan dan menghubungi pihak polis.
"Pada awalnya mereka berdalih memaklumkan mereka orang Bangladesh dan kami bercakap seperti ayam dan itik kerana tidak tahu berbahasa Melayu.
"Tetapi melihat keadaan mereka seperti kehausan dan dahaga, kami beri empat botol air bersama dua bungkusan mi goreng. Kesemuanya sekejap sahaja dihabiskan," katanya.
Sementara itu, pesara guru, Razali Talib, 69, berkata, pada awalnya dua PATI itu memperkenalkan diri sebagai warga Bangladesh yang bekerja di daerah ini.
"Saya tahu mereka berbohong kerana wajah mereka bukan seperti Bangladesh dan tiada pekerja warga sama berada di kampung ini.
"Apabila polis tiba sekitar jam 7.20 pagi dan buat soal siasat, barulah kedua-dua lelaki itu mengaku yang mereka adalah tahanan etnik Rohingya yang lari dari depot tahanan di Bidor," katanya.
Razali yang juga Imam masjid berkenaan berkata, penduduk peka dengan insiden melibatkan pelarian berkenaan sejak Jumaat lalu.
"Selepas sembahyang Jumaat, kita maklumkan kepada penduduk untuk lebih berhati-hati dan menjadi mata dan telinga sekiranya melihat individu yang dalam keadaan mencurigakan.
"Ada sedikit rasa bimbang takut berlaku kejadian curi dan sebagainya. Kami rasa bertanggungjawab apabila dapat menyumbang sedikit membantu pihak polis," katanya.
Sinar Harian melaporkan tahanan warga asing yang melarikan diri dari depot terlibat dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian akibat kelaparan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, ada kalangan mereka memberanikan diri datang ke masjid untuk meminta minuman daripada jemaah.
Setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 10 tahanan lolos berjaya diberkas semula dengan satu tangkapan terbaru di Kampung Orang Asli Sementa dan Masjid Batu Melintang yang berada pada kedudukan radius 12 kilometer dari depot tahanan.
Pada Khamis media melaporkan seramai 131 PATI melarikan diri dari blok lelaki depot itu dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya.
Daripada jumlah tahanan yang melarikan diri itu, 115 adalah etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 03 2024
Dua tahanan etnik Rohingya yang ditahan di Masjid Al-Rahmaniah pada Sabtu selepas dua hari melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor. -Foto ihsan pembaca
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Rohingya: Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap ketua junta Myanmar
Permohonan itu berdasarkan pelbagai bukti daripada pelbagai sumber seperti keterangan saksi, bukti dokumentari serta bahan saintifik, fotografi, dan video yang disahkan.
ASEAN 2025 akan bukti kebijaksanaan diplomasi Malaysia kepada dunia
Malaysia harus memanfaatkan peluang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan baik agar dunia dapat melihat kebijakan diplomasi yang diamalkan di negara ini.
Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu
Menurut Deputi Superitenden Zainul Mujahidin, suspek melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.
Lelaki Rohingya didakwa bunuh isteri, dua anak
Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas pertuduhan membunuh ahli keluarganya dan kesalahan dadah, minggu lalu.
PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyeru agar keganasan di Myanmar dihentikan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang lelaki Rohingya yang sebelum ini mengaku menyebabkan kematian rakan senegaranya tujuh tahun lepas, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh
Curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk terus menahan dan menghubungi pihak polis.