ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Februari 2024.


1. Warga emas lumpuh rentung, rumah kedai terbakar

Seorang lelaki warga emas yang lumpuh, ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru Ayer Tawar, dekat sini, malam tadi.



2. Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini

Malaysia merupakan antara pemungut hasil cukai terendah di Asia Tenggara dengan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada 11.8 peratus.


3. Nota Jemaah Menteri mengenai pembangunan semula Gaza akan dibentang - Dr Dzulkefly

Satu nota Jemaah Menteri mengenai agenda pembangunan semula Gaza akan dibentangkan kepada anggota Kabinet tidak lama lagi bagi mendapatkan pertimbangan mengenai penglibatan Malaysia dalam usaha pembangunan semula wilayah bergolak itu.


4. 'Sanusi jangan lepas tangan isu tunggakan gaji KDA FC' - AMK Kedah

Kemelut pemain pasukan bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan tunggakan gaji perlu diselesaikan segera dengan bantuan kerajaan negeri.


5. RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau tidak mempunyai jawapan spesifik berhubung persoalan itu sekali gus berharap semua pihak dapat menunggu keputusan yang akan dimuktamadkan nanti.


6. Tiga rakan dikhuatiri lemas ketika memancing, mandi-manda di Sungai Sempit

Tiga orang rakan dikhuatiri lemas ketika sedang memancing dan mandi-manda di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu Segari, Pantai Remis, di Manjung petang ini.


7. Hantaran fitnah: Exco AMK lapor polis terhadap Che’gubard

Tentera penceroboh Israel mengebom bandar Rafah di selatan Gaza yang penuh sesak dengan penduduk pada awal pagi Isnin membunuh dan mencederakan ratusan orang awam Palestin.


8. Pemancing terkejut 'disapa' mayat terapung

Seorang lelaki yang sedang memancing terkejut apabila terlihat satu mayat terapung dalam Sungai Simpang Kiri, Parit Kasim Laut, Tongkang Pechah di sini pada Isnin.


9. Ibu maut akibat dibakar, tiga beradik jadi pelajar angkat

Tiga beradik yang kehilangan ibu mereka dalam tragedi yang menyayat hati di Kampung Tinagalan, Sook, kira-kira dua minggu lalu mendapat perhatian Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup.


10. Ketua Polis Johor sahkan turut terima e-mel ancaman bom

Ancaman bom itu telah dihantar ke e-mel rasmi Ketua Polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum.