Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 15, 2024 15:57 MYT
Februari 15, 2024 15:57 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Februari 2024.
Sultan Selangor bertitah di dalam menangani isu yang berbangkit ini apa yang lebih penting ialah usaha kita dalam mencari jalan untuk mengatasi segala permasalahan yang timbul.
Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo.
Tiga individu termasuk dua pengurusan tertinggi Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 164 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, penipuan dan pecah amanah bernilai kira-kira RM39.53 juta, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status 100 peratus.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini fokus mengesan aktiviti perniagaan tidak berdaftar dikendalikan warga asing, termasuk mengenal pasti rakyat tempatan yang berselindung di sebalik kegiatan haram itu kerana menjadi penyumbang kepada kehilangan hasil negara.
Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM200 juta, dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemu duga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengurniakan pingat kepada 123 penerima dalam istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak 2023 yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri, di sini.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri perjumpaan bersama pimpinan PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya, pada Khamis.