ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Februari 2024.


1. Sony Bill Williams antara 5,000 jemaah sertai Geng Subuh Macam Jumaat

Dianggarkan 90 peratus jemaah yang hadir adalah dalam kalangan belia.



2. 300 pasangan Malaysia nikah di Selatan Thailand setiap bulan

60 peratus perkahwinan itu melibatkan berpoligami dan selebihnya kerana tidak mendapat izin keluarga.


3. PM Anwar kritik ‘China-phobia’ yang semakin menular di Barat

Perdana Menteri mengkritik gelombang 'China-phobia' yang semakin menular di negara Barat, ketika negara Asia Tenggara sedang cuba menyeimbangkan cabaran dan faedah daripada ketegangan Washington-Beijing.


4. PM arah Jualan Agro Madani diperluas, imbangi kenaikan kos sara hidup

Jualan murah seperti Jualah Rahmah dan Jualan Agro Madani akan diperluaskan bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup.


5. Stok bekalan makanan Selangor dijangka cukup tiga bulan - Amirudin

Stok bekalan makanan di Selangor dijangka mencukupi sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan sekiranya berlaku sebarang bencana termasuk kemarau.


6. Isu harga padi, beras akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi tempoh sehingga 20 Mac ini untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.


7. Prestasi penjawat awam baik, tiada sebab lewatkan kajian sistem saraan - Anwar

Prestasi baik yang ditunjukkan penjawat awam memberi keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum ia dimuktamadkan.


8. ‘Kalau dipulangkan wang yang disakau, hari ini boleh terus bantu rakyat’ - PM Anwar

Perdana Menteri menegaskan, sekiranya dipulangkan terus semua wang yang ‘dicuri’ daripada negara, sekarang juga beliau boleh menyalurkan banyak bantuan untuk rakyat.


9. Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL

Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang permohonan pemberitahuan perhimpunan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) atau mana-mana pihak.


10. Izzah Izzati tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita di India

Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi dengan menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) apabila muncul juara edisi 2024 di New Delhi, India, hari ini.