Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 25, 2024 15:57 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Mac 2024.
1. Artis veteran pukul abang ipar guna batang besi
Seorang artis veteran ditahan selepas disyaki memukul abang iparnya di sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pada petang Ahad.
2. Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat
Tiga Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) berdepan risiko untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, sekali gus berdepan hukuman yang lebih berat.
3. Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di semua institusi pendidikan di bawah seliaanya.
4. Polis rakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan diterima Nga Kor Ming
Polis telah merakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan yang diterima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
5. Stoking tertera kalimah Allah: Kerajaan beri laluan penuh polis siasat, tidak campur tangan - Anwar
Kerajaan tidak campur tangan terhadap sebarang proses siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya baru-baru ini.
6. Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya menuntut janji diberikan bahawa kualiti padang akan dalam keadaan terbaik, bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
7. Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi.
8. Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
9. Keselamatan data PADU terjamin, beroperasi 84 hari tanpa gangguan - Mohd Uzir
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah terbukti mempunyai standard keselamatan data yang baik selepas beroperasi selama hampir 100 hari tanpa gangguan.
10. Stoking tertera kalimah Allah: Dua syarikat termasuk KK Mart didakwa esok
Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd serta pengarah-pengarah syarikat berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
#berita pilihan #tempatan #keselamatan PADU #kk mart