Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 18, 2024 15:52 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
1. Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.
2. Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Perak mengumumkan kadar baharu tarif air yang menyaksikan kenaikan lima sen bagi setiap meter padu kepada 75 sen berbanding 70 sen untuk penggunaan domestik sehingga 20 meter padu, ketika ini.
3. Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla berlepas ke Istanbul, Turki, pagi ini.
4. Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan dizahirkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, adalah tulus dan sejati.
5. PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
PN bagaimanapun akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat-syarat dalam draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedang disiapkan kerajaan.
6. Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Pertemuan berkenaan akan diadakan secara tertutup di Wisma Darul Aman, Alor Setar sebelum Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Jitra.
7. Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
8. Penganalisis terkilan cara Harimau Muda tewas di tangan Uzbekistan
Persembahan hambar skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan ketika tewas 0-2 di tangan pasukan pilihan Uzbekistan pada saingan Piala Asia B-23 2024 di Doha, Qatar semalam perlu dielakkan dalam perlawanan akan datang.
9. Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
Projek menara Merdeka 118 PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) melakar sejarah apabila dianugerahkan pensijilan Platinum Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekabentuk Alam Sekitar (LEED) dalam sistem penarafan Teras dan Shell LEED v2009.
10. Sheriff: Tayangan awal raih lebih RM1 juta
FILEM arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal (‘sneak preview’) pada 17 April di pawagam.
#berita tempatan #berita pilihan #Titah Adendum #pengguna domestik