awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang

Bernama
Bernama
18/04/2024
10:00 MYT
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Hamzah berkata PN akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat-syarat dalam draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedang disiapkan kerajaan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata PN akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat-syarat dalam draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedang disiapkan kerajaan.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi satu kenyataan memaklumkan Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan di Sri Perdana, Putrajaya, semalam.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata sehubungan itu, satu draf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
#Hamzah Zainudin
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan