awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum

Bernama
Bernama
18/04/2024
12:45 MYT
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Projek menara Merdeka 118 PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) melakar sejarah apabila dianugerahkan pensijilan Platinum Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekabentuk Alam Sekitar (LEED) dalam sistem penarafan Teras dan Shell LEED v2009.
PNBMV ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Dalam satu kenyataan hari ini, PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED, yang ditubuhkan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat (USGBC).
Ketua Pegawai Eksekutif Tengku Datuk Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata pensijilan Platinum LEED menandakan pencapaian besar pertama dalam perjalanan Merdeka 118 untuk menjadi bangunan mega tinggi pertama di Malaysia yang memperoleh penarafan platinum tiga-hijau.
"Apabila menara Merdeka 118 menerima kesemua pensijilan platinumnya nanti, ia akan menetapkan standard kelestarian tertinggi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa, mengukuhkan lagi statusnya yang ikonik," katanya.
Beliau berkata USGBC menilai projek Merdeka 118 dalam bidang kelestarian tapak, kecekapan penggunaan air, tenaga dan atmosfera, bahan dan sumber, kualiti persekitaran dalaman, dan inovasi dalam reka bentuk.
"Kredit juga diberikan kepada landskap yang cekap air, pengurangan penggunaan air, prestasi tenaga yang dioptimumkan dan peningkatan penyelarasan.
"Pengiktirafan yang selayaknya ini adalah bukti dedikasi dan kerja keras pasukan kami sertapenggunaan amalan terbaik dalam reka bentuk dan pembinaan," katanya.
Menurut PNBMV Merdeka 118 sedang menyasarkan pensijilan Platinum dari Green Real Estate (GreenRE) dan Green Building Index (GBI).
Ia juga bakal mendapatkan pensijilan WELL daripada International WELL Building Institute Asia Pacific, menyokong kesejahteraan para penyewa dan komuniti di sekitarnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pensijilan
#leed platinum
#Menara Merdeka 118
#Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekabentuk Alam Sekitar
#penarafan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan