ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Ogos 2024.


1. Pertembungan satu lawan satu di PRK Nenggiri

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas. 



2. Lawat rumah ibadat bukan Islam: JAIPk mohon maaf undang salah faham

Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) amat kesal dengan polemik yang timbul berikutan penyebaran klip video mengenai program lawatan ke sebuah rumah ibadat bukan Islam di ibu negara pada 30 Julai lepas.


3. Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia

Model sulung jenama kenderaan elektrik pertama Malaysia secara rasminya akan dikenali sebagai Proton e.MAS 7, menurut Proton Holdings Bhd hari ini.


4. Malaysia-Thailand tunjuk isyarat jelas mahu percepat pertumbuhan ekonomi - PM Anwar

Beliau berkata kedua-dua negara juga bersetuju supaya tumpuan diberikan kepada pelaksanaan beberapa projek utama yang sudah lama tertangguh.


5. Dua beradik maut, pemandu treler positif dadah rempuh rumah

Mangsa, Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris, 25, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.


6. Meta beri jaminan siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin esok tidak diganggu - Fahmi

Beliau berkata jaminan tersebut telah diberikan oleh pegawai tertinggi Meta, bagi memastikan kelancaran siaran langsung tanpa sebarang gangguan.


7. Piala FA: Faisal Halim 'bertopeng' kembali ke padang pada sesi pemanasan badan

Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang masih dalam proses pemulihan susulan menjadi mangsa simbahan asid, membuat kemunculan dalam sesi pemanas badan pasukan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024/2025 di sini malam ini.


8. Surat tuntut RM100 juta sudah diserahkan kepada ADUN Rembia - Ahmad Zahid

UMNO sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis bagi menuntut bayaran denda sebanyak RM100 juta berikutan tindakannya menyertai Pas.


9. Paris 2024: Pearly-Thinaah terlepas genggam gangsa

Hasrat Pearly Tan-M Thinaah untuk membutirkan pingat gangsa sulung buat negara dalam kempen Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian selepas dinafikan Nami Matsuyama-Chiharu Shida.


10. Wanita warga emas maut dipijak gajah

Penoreh getah warga emas maut dipercayai akibat dipijak gajah dalam satu kejadian di Kebun Getah Batu 29 Kahang, di sini pagi tadi.