MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Mac 2025.
1. Malaysia hantar pasukan NADMA sokong usaha bantuan gempa bumi di Myanmar
Pasukan penilaian awal yang terdiri daripada 10 anggota NADMA berlepas ke Yangon hari ini bagi memberikan bantuan teknikal dan menjalankan penilaian keperluan di lokasi.
2. Kerajaan beri jaminan bekalan keperluan asas menjelang Aidilfitri mencukupi - Mohamad Sabu
Kerajaan beri jaminan bekalan keperluan barangan asas seluruh negara mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri pada minggu hadapan.
3. Pemilik Proton e.MAS, smart terima diskaun pengecasan 30% Hari Raya ini
Pemilik perlu menggunakan aplikasi Proton e.MAS ataupun aplikasi Hello smart bagi mendapatkan diskaun pengecasan ini.
4. Insiden peniaga belon jalan TAR: Penguat kuasa DBKL buat laporan polis
DBKL) akan mengambil keterangan semua penguat kuasa yang terlibat dalam kekecohan ketika tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja belon tanpa lesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Jumaat malam.
5. Gempa bumi: Malaysia hantar 50 anggota pasukan bantuan kemanusiaan ke Myanmar
Menurut Kementerian Luar, penghantaran bersepadu itu menggantikan rancangan awal untuk mengerahkan dua pasukan secara berperingkat, berdasarkan kemas kini operasi terkini daripada NADMA.
6. Sarawak catat 11 kes rabies baharu
Makmal Diagnostik Veterinar Sarawak (SVDL) mengesan 11 kes baharu positif rabies positif bulan ini, dengan beberapa insiden gigitan melibatkan anjing terbiar dan peliharaan yang berkeliaran bebas di daerah Kuching, Padawan dan Bau.
7. Beras Melaka akan mula dijual di pasaran pada April
Penjualan Beras Melaka buat pertama kali akan diedarkan di pasaran di negeri ini dalam tempoh dua minggu lagi, dengan membabitkan kira-kira 3,000 kampit menerusi tanaman benih padi MR297 yang diusahakan sejak tahun lepas.
8. Berbuka 3 minit awal, jemaah masjid di Johor dinasihatkan ganti puasa
Jemaah sebuah masjid di negeri ini dinasihatkan untuk qada (mengganti) puasa mereka setelah didapati berbuka tiga minit awal daripada waktu sebenar, baru-baru ini.
9. Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu wang orang ramai RM10 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dipercayai menipu wang orang ramai sebanyak RM10 juta dengan alasan untuk diserahkan kepada polis bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram.
10. PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada pelajar, guru
erdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pelajar dan guru atas kiriman kad raya kreatif sempena Aidilfitri.