awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada pelajar, guru

Bernama
Bernama
29/03/2025
11:21 MYT
PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada pelajar, guru
Perdana Menteri menyifatkan ingatan serta coretan dalam kad raya tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna sekali gus menambah keceriaan suasana perayaan. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pelajar dan guru atas kiriman kad raya kreatif sempena Aidilfitri.
Menerusi hantaran video di Facebook rasminya hari ini, Perdana Menteri menyifatkan ingatan serta coretan dalam kad raya tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna sekali gus menambah keceriaan suasana perayaan.
"Terima kasih atas coretan anak-anak pelajar dan guru-guru sempena Aidilfitri ini. Ingatan kalian dalam kad raya yang begitu kreatif menceriakan sambutan Aidilfitri saya dan keluarga tahun ini.
"Saya doakan keafiatan dan kesejahteraan buat semua, insya-Allah," katanya.
Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, Anwar turut membaca beberapa kad raya antaranya daripada Sekolah Kebangsaan Desa Bakti (Pendidikan Khas) dan ada juga pelajar yang mengambil kesempatan memohon tandatangan Perdana Menteri sebagai kenangan.
Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua kad raya yang dikirimkan.
"Kepada semua anak-anak yang begitu baik budi, pesan pula tu sila balas, jangan tak balas, kalau tak dapat balas semua, mohon maaf," kata Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#kad raya
#suasana perayaan
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan