awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbuka 3 minit awal, jemaah masjid di Johor dinasihatkan ganti puasa

Bernama
Bernama
29/03/2025
06:00 MYT
Berbuka 3 minit awal, jemaah masjid di Johor dinasihatkan ganti puasa
Mohd Fared berkata kejadian berkenaan berlaku apabila bilal bertugas melaungkan azan lebih awal dan tidak merujuk jam yang mengikut standard SIRIM. - Gambar/ Bernama
BATU PAHAT: Jemaah sebuah masjid di negeri ini dinasihatkan untuk qada (mengganti) puasa mereka setelah didapati berbuka tiga minit awal daripada waktu sebenar, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata kejadian berkenaan berlaku apabila bilal bertugas melaungkan azan lebih awal dan tidak merujuk jam yang mengikut standard Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Beliau berkata semakan pihaknya mendapati hanya jemaah di dalam masjid berkenaan terkesan dan tidak menjejaskan penduduk sekitar yang tidak hadir ke masjid itu.
"Semasa kejadian berlaku, masjid berkenaan ada membuat aktiviti dan hanya mereka yang ada di situ yang terjejas ... jadi saya nak nasihatkan kepada mereka supaya dapat menggantikan puasa mereka kerana jelas sudah terbatal kerana berbuka awal.
"Saya juga menasihatkan kepada semua bilal di negeri ini supaya dapat berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan ... dan perkara ini kejadian terpencil.
"Sebenarnya kita (kerajaan negeri) telah memberikan arahan kepada semua surau serta masjid supaya menggunakan jam SIRIM Malaysia sebagai panduan bukan menggunakan jam peribadi," katanya kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Sekawan Desa di sini malam tadi.
Terdahulu, dalam hantaran di media sosial pada 25 Mac, Kadi Daerah Kluang As-Syeikh Sabarudin Isnin menzahirkan dukacita selepas sebuah masjid di daerah ini melaungkan azan tiga minit lebih awal dari waktu maghrib menyebabkan orang yang mendengarnya turut berbuka puasa.
Sementara itu, dalam program yang sama pihaknya melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Waqaf An-Nur dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) menyalurkan sumbangan sempena Aidilfitri.
"Sebanyak RM1.5 juta telah disalurkan kepada golongan asnaf dan pegawai masjid serta surau dalam program berbuka puasa anjuran Rumah Orang Semerah yang juga program tahunan di sini," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Ramadan 2025
#berbuka puasa
#masjid di johor
#azan awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan