awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu wang orang ramai RM10 juta

Bernama
Bernama
29/03/2025
15:41 MYT
Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu wang orang ramai RM10 juta
Razarudin mengesahkan bahawa satu sidang media berkaitan kes itu akan diadakan dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dipercayai menipu wang orang ramai sebanyak RM10 juta dengan alasan untuk diserahkan kepada polis bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram.
Sumber PDRM berkata lelaki berusia 59 tahun itu ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sebaik tiba di kediamannya di Jalan U-Thant, di sini petang tadi selepas pulang dari Osaka, Jepun.
"Suspek setakat ini sudah mengambil wang daripada mangsa kira-kira RM10 juta yang sebelum itu beliau dikatakan meminta RM25 juta dengan mendakwa mempunyai kenalan rapat dengan polis dan boleh menyelesaikan kes dihadapi mereka.
"Malah suspek menjelaskan kononnya wang diambil itu akan diserahkan kepada polis bagi membantu mangsa supaya tidak dikenakan tindakan atau disiasat membabitkan kes AMLA," katanya kepada Bernama hari ini.
Sumber memaklumkan, bagaimanapun kegiatan suspek sudah dihidu oleh pasukan AMLA Bukit Aman yang kemudiannya menjalankan risikan dan siasatan sebelum menahan lelaki itu petang tadi.
"Suspek yang juga merupakan tokoh berpengalaman selama 30 tahun dalam perniagaan industri minyak dan gas serta merupakan pengerusi kepada sebuah syarikat itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapat perintah tahanan reman," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu sidang media berkaitan kes itu akan diadakan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#pengubahan wang haram
#pasukan AMLA
#Orang ramai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan