MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 05/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 April 2025.


1. Kebakaran gas Putra Heights: Sultan Selangor titah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dibatalkan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Kerajaan Negeri Selangor agar membatalkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan pada Ahad, 6 April.



2. Amirudin jamin siasatan telus, tidak lindungi mana-mana pihak

Kerajaan Selangor memberi jaminan siasatan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya dilaksanakan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


3. Tarif baharu AS dijangka beri sedikit impak terhadap ekonomi negara - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara mungkin mengalami sedikit impak susulan kadar tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini.


4. Tarif Trump: Malaysia wajar pertimbang penangguhan cukai, bantuan khas - Ketua Pembangkang

Kerajaan wajar mempertimbangkan pelaksanaan penangguhan cukai (tax delay) serta penubuhan satu dana bantuan khas berbentuk geran padanan ataupun pinjaman kewangan kepada pemain industri tertentu.


5. Pernah dibuli, anak Kelantan kini bangga bersama Juventus

Tiada siapa menyangka, seorang kanak-kanak yang pernah dibuli dan dipukul di sekolah suatu masa dulu kini sudah menjejakkan kaki ke Juventus Creator Lab selepas mengharumkan negara dalam beberapa pertandingan dunia sebelum ini.


6. Kebakaran gas Putra Heights: Agong lawat tapak, santuni mangsa di PPS

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat lokasi kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights.


7. Penyanyi rap 90-an Nico meninggal dunia dalam tidur

Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G, Nico, 52, meninggal dunia dalam tidur di Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 malam Jumaat.


8. Kebakaran gas Putra Heights: Penilaian akhir keselamatan kawasan kawah selesai Ahad - KP Bomba

Kerja-kerja penilaian akhir keselamatan di kawasan kawah kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights, dijangka selesai pada Ahad.


9. Kerajaan NS tingkat penguatkuasaan pembuangan sampah haram di laluan paip gas

Kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas lokasi pembuangan sampah haram terutamanya di kawasan berhampiran laluan saluran paip gas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


10. Kebakaran gas Putra Heights: Mangsa belum mendaftar dinasihat segera tampil

Memasuki hari kelima sejak kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada pagi Selasa, mangsa insiden yang masih belum mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) dinasihatkan berbuat demikian sebelum pendaftaran ditutup sepenuhnya tengah hari esok.






#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #berita Malaysia