[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 06/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 April 2025.
1. YDP Agong terima mengadap Perdana Menteri di Istana Negara
Meskipun hari Ahad lazimnya dianggap sebagai hari berehat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tetap meneruskan tugas rasmi baginda dengan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pagi ini.
2. Eda Ezrin, suami dan 4 rakan kena tinggal sebulan lagi di penjara
Penyanyi Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan terpaksa tinggal di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini sekurang-kurangnya sebulan lagi bermula Ahad.
3. Kebakaran gas Putra Heights: Tiada mangsa dilapor meninggal dunia - Polis
Tiada individu yang terkorban seperti tersebar di media sosial dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada Selasa lalu.
4. 'Abang Belon' berisiko lumpuh - Doktor
Kecederaan saraf tulang belakang yang dialami Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, atau lebih dikenali sebagai 'Abang Belon' berisiko menyebabkannya lumpuh.
5. Tiga pekerja maut terperangkap dalam lubang pembentung resort
Tiga pekerja maut manakala empat rakan mereka selamat selepas terperangkap di dalam lubang pembetung semasa melakukan kerja pembersihan di sebuah resort baharu yang sedang dibina, di Kampung Ibol, Sumpitan, pada Ahad.
6. Kebakaran gas Putra Heights: Polis terima 642 laporan, rakam 118 percakapan saksi - KP Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 642 laporan setakat jam 12 tengah hari Ahad berhubung insiden letupan gas di Putra Heights.
7. Kebakaran gas Putra Heights: 38 masih menerima rawatan - KKM
Sebanyak 38 daripada keseluruhan 146 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.
8. PM Anwar beri jaminan Malaysia tidak akan alami kemelesetan meskipun tarif AS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.
9. Kebakaran gas Putra Heights: Siasatan di kawah letupan belum dapat dimulakan, tanah tidak stabil
Kerja-kerja siasatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di kawasan kawah yang terbentuk akibat letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, belum dapat dimulakan, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
10. MITI akan kemuka kajian terperinci impak tarif AS - PM Anwar
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengemukakan kajian terperinci mengenai kesan tarif terhadap beberapa sektor eksport ke Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.
#berita pilihan #tempatan #media sosial #PDRM