awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: 38 masih menerima rawatan - KKM

Bernama
Bernama
06/04/2025
11:05 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: 38 masih menerima rawatan - KKM
Dilaporkan terdapat 13 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di Hospital Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Sebanyak 38 daripada keseluruhan 146 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 18 mangsa dirawat di wad biasa hospital kerajaan manakala 20 mangsa lagi di kemudahan kesihatan swasta.
"Tiada mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada sebarang kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini," menurut data harian yang dikeluarkan KKM hari ini.
Dilaporkan terdapat 13 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di Hospital Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang.
KKM turut memaklumkan aktiviti Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia, selain di Hospital Putrajaya (HPj) dengan 88 individu menerima intervensi MHPSS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#KKM
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan