NATIONAL
YDP Agong terima mengadap Perdana Menteri di Istana Negara

Pertemuan antara Sultan Ibrahim dan Anwar berlangsung di pejabat rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara. - Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Meskipun hari Ahad lazimnya dianggap sebagai hari berehat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tetap meneruskan tugas rasmi baginda dengan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pagi ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi saluran rasmi Istana Negara, sesi mengadap berlangsung seawal jam 7 pagi, bermula dengan pegawai-pegawai kanan Istana sebelum sesi bersama Perdana Menteri diadakan.
Pertemuan itu berlangsung di pejabat rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara.
Baginda Sultan Ibrahim mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada awal tahun ini.Kandungan dan inti pati pertemuan hari ini tidak didedahkan kepada umum, namun lazimnya ia melibatkan hal ehwal semasa negara dan urusan kerajaan yang memerlukan perkenan baginda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami