NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 07/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 April 2025.


1. Atasi isu dengan baik, elak dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak termasuk penjawat awam untuk mengatasi setiap isu di negara ini dengan baik, supaya ia tidak dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.



2. Tarif AS: Malaysia, negara ASEAN perlu wujud kesepakatan supaya perbincangan miliki asas kukuh - PM Anwar

Malaysia dan negara-negara ASEAN perlu membentuk satu kesepakatan dalam isu tarif yang diumumkan Amerika Syarikat untuk memastikan rundingan dan perbincangan yang bakal dijalankan mempunyai asas yang kukuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. Tarif Trump: KDNK dinilai semula, getah dan plastik antara industri terjejas - Tengku Zafrul

Malaysia akan menilai semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2025, yang sebelum ini ditetapkan antara 4.5 hingga 5.5 peratus, susulan pelaksanaan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).


4. Pelakon veteran Noor Azizah meninggal dunia

Industri perfileman tanah air kehilangan seorang lagi pelakon veteran yang disegani ramai, Datin Noor Azizah Azizul Hassan yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.


5. 'Awak buli, awak dibuang!'

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap dakwaan berlaku kejadian buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang.


6. Kebakaran gas Putra Heights: Selangor tanggung RM2,000 kos sewa rumah selama enam bulan

Kerajaan Negeri Selangor akan menanggung sepenuhnya kos sewaan bagi 613 isi rumah yang terjejas akibat insiden kebocoran paip gas di Putra Heights melibatkan peruntukan RM7.35 juta.


7. Kebakaran gas Putra Heights: Siasatan termasuk aspek jenayah dan kecuaian - KPN

Siasatan berkaitan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya tertumpu kepada pelbagai aspek termasuk unsur jenayah dan tidak hanya menekankan kepada elemen kecuaian manusia semata-mata.



8. Polis tunggu laporan penuh perubatan kes peniaga belon

Polis sedang menunggu laporan perubatan penuh daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, berhubung kecederaan dialami oleh seorang peniaga belon selepas terlibat dalam insiden pergelutan dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 28 Mac lepas.


9. PRK Ayer Kuning: Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri diumum calon BN

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.


10. Merdeka 118 jadi lokasi penggambaran filem Hollywood

Mercu tanda baharu negara Merdeka 118 yang mencerminkan kemajuan pesat Malaysia, kini turut menjadi tumpuan baharu industri kreatif global.












#berita pilihan #tempatan #ASEAN #Barisan Nasional