NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Selangor tanggung RM2,000 kos sewa rumah selama enam bulan

Amirudin (tengah) berkata, keluarga terjejas akan diberi bantuan sewaan untuk tempoh enam bulan dengan kadar RM2,000 sebulan bagi setiap rumah membabitkan keseluruhan peruntukan RM7.35 juta. -Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menanggung sepenuhnya kos sewaan bagi 613 isi rumah yang terjejas akibat insiden kebocoran paip gas di Putra Heights melibatkan peruntukan RM7.35 juta.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Selangor akan menanggung kos sewaan bagi 613 isi rumah yang terjejas akibat kebocoran paip gas di Putra Heights, dengan peruntukan RM7.35 juta.
- Bantuan sewaan diberikan untuk tempoh enam bulan dengan kadar RM2,000 sebulan bagi setiap rumah.
- Kerajaan negeri juga akan memberi bantuan khusus kepada pelajar yang terjejas dan melancarkan laman web khas untuk memantau penyaluran bantuan dan perkembangan pemulihan.
''Perbelanjaan keseluruhan melibatkan RM7.35 juta ini termasuk bayaran yang telah dan akan ditanggung pemilik rumah sepanjang tempoh pemulihan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga cakna terhadap kesan trauma dalam kalangan pelajar yang terjejas dengan musibah ini.
“Sejumlah 20 peratus pelajar yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilapor tidak hadir ke sekolah akibat trauma. Jadi, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan bagi bantuan khusus kepada mereka," kata Amirudin lagi.
Sebagai sokongan tambahan, Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) akan menyumbangkan RM500 kepada 265 pelajar yang dikenal pasti terlibat secara langsung dalam insiden berkenaan.
Beliau turut memaklumkan pihaknya akan melancarkan sebuah laman web khas bagi membolehkan orang awam meneliti status penyaluran bantuan dan perkembangan pemulihan dari semasa ke semasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami