awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Awak buli, awak dibuang!'

Sinar Harian
Sinar Harian
07/04/2025
07:30 MYT
'Awak buli, awak dibuang!'
Tangkap layar rakaman video tular menunjukkan dua remaja didakwa membuli seorang pelajar dipercayai berlaku di sebuah MRSM di Pulau Pinang. - Foto FB
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap dakwaan berlaku kejadian buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang.
Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dengan mana-mana pelajar MRSM yang melakukan perbuatan itu.
"Saya sudah minta pegawai saya siasat segera jika benar peristiwa ini berlaku di MRSM. Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Beliau memuat naik hantaran tersebut susulan tular satu video di Facebook yang melahirkan kebimbangan mengenai berlaku kes buli di sebuah MRSM di sebuah negeri di Utara Semenanjung tanah air.
Mengulas lanjut mengenainya Asyraf Wajdi berkata, beliau telah berulang kali mengingatkan bahawa pelajar yang melakukan perbuatan buli akan berdepan tindakan dibuang dari institusi pendidikan tersebut.
"‘You touch you go!’ (Awak buli, awak dibuang!). Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan ‘buli’ dalam apa jua bentuk di MRSM," katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 31 saat memaparkan beberapa pelajar didakwa memijak, duduk dan menekup bantal pada seorang pelajar lain.
Lebih mengejutkan, mereka menggunakan tali pinggang untuk mengikatkan kakinya, bagaimanapun remaja lelaki terbabit dilihat tidak melawan.
Menerusi Facebook Utara Kini, ada individu mempersoalkan sama ada perbuatan terbabit adalah buli ataupun melawak kasar.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#buli MRSM
#Majlis Amanah Rakyat
#MRSM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan