NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 April 2025.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan agar tanah di negeri ini tidak diceroboh sewenang-wenangnya dan tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada mereka yang terlibat.
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang di sini awal pagi Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran, bahawa selepas proses penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dua hari lepas, semua pihak berkaitan tidak boleh menggunakan jentera atau peruntukan kerajaan bagi tujuan kempen.
Objektif Malaysia adalah untuk menurunkan kadar tarif dan memperluaskan senarai pengecualian untuk eskport Malaysia, agar impak negatif terhadap ekonomi dapat dikurangkan.
Ia berhubung dakwaan wujud ugutan dengan menunjukkan senjata api pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Cabang di Ipoh, pada Ahad.
Lelaki tersebut dikesan menggunakan dokumen palsu untuk bersembunyi di Thailand dan tidak memiliki MyKad atau pasport Malaysia.
Kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat tentang peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim perlu diterima dengan hati terbuka.
Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun Abdullah Ahmad Badawi secara rasmi memperkenalkan Islam Hadhari sebagai dasar pada 2004 semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tun Abdullah turut memperkenalkan pendekatan "kembali kepada asas" dalam dasar pertanian, sekaligus membawa semula fokus kepada sektor yang menjadi tunjang kehidupan luar bandar.