NATIONAL
Dakwaan ugutan guna senjata, polis akan rakam keterangan ADUN Hulu Kinta minggu ini

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin bercakap kepada media hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Polis dijangka merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad minggu ini berhubung dakwaan wujud ugutan dengan menunjukkan senjata api pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Cabang di sini, semalam.
Ringkasan AI
- Polis dijangka merakam percakapan ADUN Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad minggu ini berhubung dakwaan ugutan dengan senjata api pada pemilihan PKR.
- Lapan saksi telah memberi keterangan, dan polis sedang mengesan saksi lain yang melihat kejadian tersebut.
- Muhamad Arafat menafikan tuduhan ugutan dan telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Beliau berkata lapan saksi telah tampil memberi keterangan dan pihaknya sedang mengesan saksi lain yang dikatakan melihat kejadian itu sebagaimana dalam rakaman video yang tular.
Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sungai Siput antara DSP Rohai Zimi Rozali dengan pemangkunya Supt A.W Charan serta Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya dengan pemangkunya DSP Mohd Fadzil Ismail.
Semalam Noor Hisam dilaporkan berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kes itu daripada seorang lelaki pada 12.28 tengah hari yang mendakwa berlaku kekecohan dalam jamuan majlis hari raya di Dewan Komuniti Taman Indah di sini.
Muhammad Arafat semalam menafikan tuduhan berkenaan dan turut membuat laporan polis mengenainya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami