NATIONAL
Rakyat Malaysia disyaki rompak kedai emas di Thailand, miliki 10 rekod jenayah lampau - KPN

Warga Malaysia yang ditahan selepas terlibat dalam kes rompakan kedai emas di Bangkok, Thailand pada Selasa lalu. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas di negara itu, Rabu lepas, disahkan memiliki 10 rekod jenayah lampau, termasuk dikehendaki atas dua kes jenayah berat di Malaysia.
Ringkasan AI
- Seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand disahkan memiliki 10 rekod jenayah lampau dan dikehendaki atas dua kes jenayah berat di Malaysia.
- Kertas siasatan sedang disemak sebelum proses ekstradisi dilakukan, dan siasatan kesalahan di Thailand diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.
- Lelaki tersebut dikesan menggunakan dokumen palsu untuk bersembunyi di Thailand dan tidak memiliki MyKad atau pasport Malaysia.
"Penahanan lelaki itu telah dimaklumkan sebaik sahaja dia ditahan di Bangkok, Thailand atas kesalahan samun bersenjata di Hat Yai.
"Lelaki tersebut masih berada di lokap Hatyai untuk siasatan dan kami akan meneliti lanjut kesalahan yang dilakukannya di negara ini bagi tindakan ekstradisi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Razarudin berkata semakan lanjut mendapati lelaki terbabit tidak tinggal di Malaysia dan turut dikesan menggunakan dokumen palsu untuk bersembunyi di Thailand.
Beliau berkata ketika tangkapan dibuat pihak berkuasa Thailand, lelaki itu dikesan memiliki kad pengenalan Thailand disyaki palsu serta tiada MyKad atau pasport negara ini.
Pada 9 April lepas, polis Thailand mengesahkan seorang lelaki warga emas ditahan di daerah Nonthaburi, Bangkok, Thailand selepas disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas di Hat Yai, Thailand.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami