NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 April 2025.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria digantung enam bulan daripada menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, berkuat kuasa Rabu.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu pada Selasa.
Presiden China, Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara pada Rabu sempena Lawatan Negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kepercayaan yang Malaysia dan China akan terus memperkasa kerjasama bersama, meskipun wujud pelbagai jurang geopolitik seantero dunia.
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang pada Rabu bersetuju menamakan Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta mengibarkan bendera negeri separuh tiang pada Jumaat ini sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri kelima itu.
Mungkinkah sebatang pen dapat meredakan hubungan dingin antara China dan Jepun sekarang? Ada yang mungkin bertanya bagaimana agaknya sebatang pen mampu berperanan memulihkan hubungan yang renggang antara dua negara itu.
Bendera adalah lambang kedaulatan negara yang tidak boleh dipersendakan. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, bendera bukan sekadar sehelai kain berwarna-warni tetapi ia mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata.
China akan terus menjadi rakan dagang paling penting bagi Malaysia, dengan kehadirannya dirasai dalam setiap denyut pembangunan negara - daripada aliran barangan dan idea kepada transformasi tenaga, infrastruktur dan inovasi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping pada Rabu menyaksikan 31 memorandum persefahaman (MoU) dan pertukaran nota melibatkan kementerian dan agensi kedua-dua negara.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan bagi kes rayuan terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami