MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 April 2025.
1. Gambar tular Ustaz Zen: Momen tenang, khusyuk berdoa di sisi jenazah Tun Abdullah
Ustaz Zen berdiri tenang dan berdoa berhampiran keranda yang dilitupi Jalur Gemilang.
2. Shalin Zulkifli ketuai jawatankuasa atlet ADAMAS
Legenda tenpin boling negara Datuk Shalin Zulkifli dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Atlet Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) untuk berfungsi sebagai suara atlet dalam usaha membentuk persekitaran sukan yang lebih adil, berintegriti dan bertanggungjawab.
3. Isu Palestin satukan rakyat Malaysia, Parlimen tekad terus jadi suara lantang - Johari Abdul
Sokongan Malaysia bukan bersifat simbolik atau bermusim, tetapi lahir daripada komitmen moral dan dasar luar negara yang berteraskan keadilan sejagat..
4. UiTM diminta teliti pedagogi susulan isu kostum KKK - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) meneliti aspek pedagogi (kaedah dan prinsip pengajaran) di institusi itu berikutan isu pelajar berpakaian menyerupai kostum kumpulan pelampau bangsa yang tular baru-baru ini.
5. Mohamad Norza kekal Presiden MOM, Nur Azmi Timbalan Presiden
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria secara rasmi mengekalkan jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan MOM ke-44 pada Sabtu.
6. Kertas siasatan kes ilustrasi Jalur Gemilang dirujuk ke Peguam Negara - KPN
Kertas siasatan membabitkan akhbar Sin Chew Daily berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar berkenaan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, pada Jumaat.
7. Azizulhasni umum beraksi sebagai pelumba berbasikal trek profesional
Teka-teki mengenai masa depan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terjawab apabila beliau pada Sabtu mengumumkan untuk meneruskan kariernya sebagai pelumba berbasikal trek namun secara profesional.
8. Penduduk Kampung Sungai Baru tagih pembelaan selesaikan isu ambil alih tanah
Presiden Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai turut mendakwa, pemimpin kerajaan terdahulu sepatutnya bertanggungjawab ke atas perkara itu.
9. Hanya satu kelas teori untuk lesen motosikal, motokar mulai 1 Ogos - Loke
Modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) yang sebelum ini berasingan untuk lesen motosikal dan motokar akan diintegrasikan dengan calon hanya perlu menduduki satu kelas teori sahaja berkuat kuasa 1 Ogos ini.
10. Menara KL buat laporan polis dakwa barang dirosakkan
Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) bersama Hydroshoppe Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung insiden kerosakan dan kemusnahan terhadap barangan milik syarikat berkenaan, pada Jumaat.