Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Seramai enam suspek ditahan manakala sepucuk pistol bersama peluru dirampas berkaitan kes seorang lelaki ditembak mati dalam kenderaan ketika melalui Jalan Stephen Yong Kuching, pada awal pagi Sabtu, kata Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi.
Seramai lima individu telah dirakam percakapan berhubung kes penemuan mayat dua bersaudara di sebuah rumah di Semenyih, yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan, pada Sabtu, menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof.
Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada Isnin berkenaan permohonan kebenaran merayu yang dikemukakan Peguam Negara, berkaitan kewujudan dokumen tambahan dalam kes yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau memaklumkan menerima panggilan daripada Hetty dan suami yang merupakan sahabat lamanya itu pada pagi Ahad.
Beliau menggesa penyokong bola sepak yang mencetuskan kekecohan untuk mengubah sikap kerana insiden seperti itu boleh menjejaskan keselamatankeluarga yang hadir ke stadium.
kesemua pelajar dan kakitangan yang terlibat dalam aktiviti di kem berkenaan adalah seramai 763 orang.
Malaysia perlu meningkatkan keupayaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta penguasaan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dalam kalangan anak muda untuk membina daya tahan ekonomi domestik.
Keputusan Perak FC menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan akan memberi kesan besar, sekali gus merencatkan suasana dan kemeriahan bola sepak tanah air.
Polis Johor menahan bekas suami kepada pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai 'Kim Seri' bagi siasatan kes menipu mangsa dengan menawarkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.
Kementerian Belia dan Sukan fokus dengan usaha melawan penggunaan dadah dan masalah ketagihan, khususnya rokok eletronik dalam kalangan belia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


