NATIONAL
Hetty Koes Endang bakal meriahkan sambutan Aidilfitri KPKM tanpa bayaran - Mohamad Sabu

Mohamad Sabu memuat naik perkongsian di Facebook menerima panggilan dari sahabat lamanya, Hetty Koes Endang yang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri KPKM 2025. - FB Mohamad Sabu
PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menyatakan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.
Ringkasan AI
- Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran KPKM dengan menyumbangkan beberapa lagu secara percuma, sebagai tanda penghargaan kepada hubungan persahabatan erat dengan Mohamad Sabu.
- Mohamad Sabu berkongsi tentang keakraban hubungan keluarganya dengan Hetty dan suami, yang sering menjadi tempat persinggahan mereka ketika berkunjung ke Jakarta atau Kuala Lumpur.
- Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 akan berlangsung di MAEPS Serdang pada hari Isnin, bermula jam 11 pagi, dengan kehadiran Hetty sebagai salah satu acara utama.
“Lebih menggembirakan, Ibu Hetty juga sudi untuk menyumbangkan beberapa buah lagu di majlis tersebut tanpa sebarang bayaran dan ia satu penghargaan yang amat kami hargai,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut berkongsi tentang keakraban hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara keluarganya dan keluarga penyanyi tersohor itu.
“Setiap kali saya berkunjung ke Jakarta, rumah beliau akan menjadi tempat persinggahan saya. Begitu juga apabila beliau berada di Kuala Lumpur, rumah kami pula menjadi tempat beliau bertamu.
“Begitulah eratnya ukhuwah yang terjalin antara kami sekeluarga,” ujarnya lagi.
Justeru, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hetty dan suaminya atas keikhlasan dan kesudian mereka untuk bersama-sama memeriahkan majlis berkenaan.
Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 KPKM 2025 tersebut dijadualkan berlangsung bermula jam 11 pagi di Dewan D2 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami