[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 28/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 April 2025.
1. Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan
Peguam Negara, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Titah Adendum.
2. Warga emas maut dirempuh pacuan empat roda ketika pulang dari surau
Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, Kuala Terengganu, malam tadi.
3. Pertikaian AS$62 juta: WZR Property mohon campur tangan diplomatik
WZR Property Sdn Bhd memohon campur tangan diplomatik peringkat tinggi untuk menyelesaikan pertikaian AS$62 juta dengan kerajaan Maldives berhubung dakwaan pelanggaran kontrak.
4. Penyanyi dan komposer Yasin dibebaskan penjara seumur hidup, 16 sebatan
Mahkamah Rayuan memerintahkan Yasin kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenankan Sultan Selangor.

5. Titah Adendum Najib: Soalan dikemuka AG isu kepentingan awam - Mahkamah
Soalan-soalan yang dicadangkan, memenuhi syarat untuk diberikan kebenaran di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) 1964.

6. Had pembelian beras putih tempatan 10kg dinaikkan kepada lima kampit - Mohamad Sabu
Kelonggaran itu diberikan selepas mengambil kira permintaan dan keperluan semasa pengguna yang memerlukan, khususnya bagi ketua isi rumah (KIR) miskin.
7. Asrama SMK Tinggi Setapak terbakar
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh, ibu negara dilaporkan terbakar sekitar jam 9 malam tadi.
8. Pendakwaan tutup kes, keputusan Yusoff Rawther bebas atau bela diri pada 12 Jun
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 12 Jun ini untuk keputusan sama ada bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
9. Malaysia mahu perluas kerjasama melangkaui ASEAN, intai perkongsian dengan Maldives
Malaysia sedang menggiatkan usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam ASEAN dan juga dengan negara jiran lain seperti Maldives, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. Penyertaan Malaysia di ICJ berupaya tambah tekanan antarabangsa ke atas Israel
Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Mohd Hamid, antara lain, langkah itu juga berupaya meningkatkan imej Malaysia di persada dunia sebagai jurubicara khususnya kepada umat Islam dan negara-negara Global Selatan (Selatan Global) yang memperjuangkan keadilan.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI