NATIONAL
Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan

Peguam Negara mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan melibatkan bekas Perdana Menteri, NajibRazak mencabar Titah Adendum. - Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Titah Adendum.
Keputusan itu diputuskan panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang membenarkan beliau mengemukakan tujuh persoalan undang-undang untuk dihujahkan dalam pendengaran rayuan kelak.
Mahkamah berpuas hati persoalan undang-undang yang dikemukakan dengan menyentuh isu kepentingan awam yang belum pernah didengar dan diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh Datuk Zabariah Mohd. Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.Sementara itu, Datuk Mohd. Dusuki memohon kebenaran merayu dalam usaha mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman berkaitan titah adendum ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Pada 6 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan bekas Perdana Menteri itu untuk mencabar kewujudan Titah Adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara terhadap beliau daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami