NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 15/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Mei 2025.
1. Penjenayah maut ditembak di Bukit Jambul
Difahamkan, suspek yang merupakan warga tempatan itu terlibat dalam pelbagai kes jenayah termasuk pecah kedai dobi layan diri dan samun.
2. BERNAS selaras harga beras import, perkukuh jaminan makanan negara
Langkah proaktif ini mencerminkan komitmen berterusan agensi itu dalam menyokong usaha kerajaan memastikan keterjaminan bekalan makanan negara.
3. Kemalangan trak FRU: Sultan Selangor zahir rasa sedih, titah kerajaan perlu beri perhatian serius
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam isu berhubung nahas jalan raya, khususnya yang membabitkan kenderaan berat.
4. Suami Pamela ditahan polis di Kuala Lumpur
Suami Datin Seri Pamela Ling Yueh ditahan polis awal pagi Khamis untuk membantu siasatan kehilangan wanita tersebut pada 9 April ketika dalam perjalanan ke SPRM di Putrajaya.
5. Peter Cklamovski senarai 38 pemain Harimau Malaya hadapi Cape Verde, Vietnam
Penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed mengetuai kontinjen Johor Darul Ta’zim (JDT) seramai 14 orang.
6. Nahas FRU: Seorang lagi dibenar keluar hospital, tujuh masih dirawat
Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, salah seorang anggota FRU yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan, telah dibenarkan keluar dari Hospital Teluk Intan.
7. Harga ubat: Fasiliti kesihatan swasta mula kemas kini, sedia senarai
Tahap pematuhan terhadap perintah pemaparan harga ubat menunjukkan perkembangan positif, dengan kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di ibu kota dan beberapa negeri mula menyahut inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.
8. LIMA'25: TLDM siasat insiden bot hilang kawal semasa raptai demonstrasi Segmen Maritim
Sebuah bot milik TLDM dipercayai hilang kawalan semasa melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).
9. J-KOM nafi terlibat kempen pemimpin tertentu dalam Pemilihan PKR
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Ismail Yusop berkata tiada arahan untuk mana-mana petugas untuk like, share, dan promote kempen pemimpin tertentu dalam Pemilihan PKR 2025.
10. Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set
Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa pada Khamis malam.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita Malaysia