NATIONAL
Nahas FRU: Seorang lagi dibenar keluar hospital, tujuh masih dirawat

Bakri (tengah) melawat Muhammad Aniq yang kini stabil dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. - Gambar/ FB Polis Daerah Hilir Perak
IPOH: Seorang lagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada Selasa lepas, dibenarkan keluar dari hospital semalam, menjadikan tujuh masih menerima rawatan.
Ringkasan AI
- Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, salah seorang anggota FRU yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan, telah dibenarkan keluar dari Hospital Teluk Intan dan dibawa pulang ke rumahnya di Arau, Perlis.
- Tujuh anggota FRU masih menerima rawatan, dengan tiga daripadanya dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri di ICU Hospital Teluk Intan, manakala seorang lagi kritikal di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun.
- Kemalangan yang berlaku pada pagi Selasa lepas melibatkan trak pasukan FRU dan sebuah lori membawa muatan batu, mengakibatkan sembilan anggota maut dan sembilan lagi cedera.
Semalam Bakri memaklumkan tujuh anggota terlibat dirawat di HTI dengan tiga daripadanya kritikal dan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) manakala seorang lagi yang kritikal menerima rawatan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Dalam kejadian 8.50 pagi Selasa lepas, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak pasukan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami