NATIONAL
Suami Pamela ditahan polis di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh ditahan polis awal pagi Khamis bagi membantu siasatan kehilangan wanita itu ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu.
Ringkasan AI
- Suami Datin Seri Pamela Ling Yueh ditahan polis awal pagi Khamis untuk membantu siasatan kehilangan wanita tersebut pada 9 April ketika dalam perjalanan ke SPRM di Putrajaya.
- Suspek dibawa ke Mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman yang ditolak. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik, dan setakat ini, 27 saksi telah diambil keterangan.
- Siasatan awal mendapati wanita tersebut dalam proses penceraian dengan suaminya, dipercayai berkaitan isu harta. Polis juga bekerjasama dengan INTERPOL untuk merakam keterangan anak-anak mangsa di Singapura.
Bagaimanapun, Rusdi tidak mendedahkan sebab penolakan permohonan reman berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Setakat Rabu, seramai 27 saksi diambil keterangan berhubung kehilangan wanita itu.
Polis sebelum ini memaklumkan, siasatan awal mendapati wanita berusia 42 tahun itu kini dalam proses penceraian dengan ahli perniagaan dari Sarawak berkenaan, dipercayai berkaitan isu harta.
Pasangan tersebut mempunyai tiga anak berusia 18 hingga 20 tahun yang kini berada di bawah jagaan keluarga di Singapura.
Sebelum ini, Rusdi memaklumkan pihak polis turut meneliti kemungkinan konflik dalam proses penceraian pasangan itu sebagai antara elemen penting dalam siasatan kes kehilangan berkenaan.
Pergerakan Pamela untuk ke luar negara disekat SPRM semasa agensi itu menjalankan siasatan ke atas wanita berkenaan.
Polis dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) juga sedang mengatur proses rakam keterangan anak Pamela di Singapura.
Pada 5 Mei lalu, media melaporkan polis menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes kehilangan Pamela termasuk dakwaan dia dilarikan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis semasa dalam perjalanan ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami