awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set

Astro Arena
Astro Arena
15/05/2025
14:26 MYT
Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set
Aksi pasukan kebangsaan meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Thailand, 15-12, 15-9 dalam pertandingan akhir acara Regu di antara pasukan Malaysia dan Thailand pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025. - Foto BERNAMA
Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
Skuad Malaysia kekal mengetengahkan khidmat trio Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) dan berdepan ranjau awal ketika menghadapi gandingan Sittipong Kamchan, Yodsawat Uthaijaronsri dan Varayut Jantarasena itu.
Kedua-dua pasukan saling berselisih satu mata bagi menandakan satu pertemuan yang sengit. Namun, servis daripada Syahir yang beberapa kali memerangkap Yodsawat mula mencemaskan Thailand dan meletakkan Malaysia dalam momentum terbaik untuk menyudahkan set pertama 15-12.
Kem negara kekal tenang dengan mendahului 4-0 lantas memaksa skuad Gajah Perang menukar tekongnya tetapi ia tidak memberikan pulangan setimpal. Dan selepas mata demi mata, Malaysia mendahului 11-5.
Ketika di ambang bayangan kejuaraan, Malaysia menggunakan 'time out' untuk meredakan gemuruh itu.
Dan penantian mata akhir itu disudahkan oleh Azlan dengan satu libasan lembut untuk mencipta kemenangan 15-9, sekali gus muncul juara berganda dalam Piala Asia edisi pertama selepas menjamin gelaran acara kuadran.
Topic Berkaitan
#Sepak Takraw Piala Asia
#Malaysia
#Juara
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan