NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 18/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.
1. Menghubungkan timur dan barat: Pendekatan pragmatik PM Anwar di Rusia
Perdana Menteri mengakui bahawa lawatan ke Rusia bukan perkara mudah, namun tetap menegaskan bahawa ia adalah "keputusan yang tepat."
2. Tawaran kemasukan Tingkatan Enam boleh disemak mulai Isnin
Pelajar yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 hingga 25 Mei ini.
3. AMK kecewa tindakan Rafizi, tegas pertahan kempen bersih, adil
Seramai 86 calon AMK Pusat hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli yang dikatakan 'menyerang' salah seorang calon AMK.
4. Panda gergasi Fu Wa, Feng Yi tinggalkan Malaysia selepas 11 tahun
Malaysia mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang kembali ke China pada 18 Mei 2025 selepas 11 tahun menetap di Malaysia sejak 2014.
5. Pearly-Thinaah juara Terbuka Thailand
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meraih gelaran pertama pada musim ini apabila muncul juara kejohanan berstatus Super 500 Terbuka Thailand di Bangkok pada Ahad.
6. Aaron-Wooi Yik juara Terbuka Thailand 2025
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gelaran kedua pada musim ini apabila muncul juara Terbuka Thailand dalam aksi penuh debar di Bangkok pada Ahad.
7. Dasar luar Malaysia bolehkan negara jalin kerjasama tanpa tekanan - Mohamad
Dasar luar Malaysia yang berasaskan prinsip aman, bebas dan berkecuali serta mesra pelabur membolehkan negara mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak tanpa tekanan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
8. PRN Sabah: BN hanya akan jalin kerjasama dengan parti bermatlamat sama - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu hanya akan menjalinkan kerjasama dengan parti yang mempunyai matlamat sama dalam membangunkan negara dan menyatukan rakyat.
9. Piala Asia 2025: Pasukan sepak takraw Malaysia pamer pencapaian luar biasa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun Malaysia tewas kepada Thailand, beliau tetap yakin skuad negara mampu bangkit dan mencipta kejayaan pada masa hadapan.
10. Tunggakan sewa PPR, PA DBKL cecah RM70 juta - Datuk Bandar
Tunggakan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini mencecah RM70 juta.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI