POLITICS
PRN Sabah: BN hanya akan jalin kerjasama dengan parti bermatlamat sama - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) memalu gong pada simbolik pelancaran program Gerak17 UMNO Sabah di Dewan Sri Ontoros, Kemabong, Tenom, hari ini. - Foto BERNAMA
TENOM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu hanya akan menjalinkan kerjasama dengan parti yang mempunyai matlamat sama dalam membangunkan negara dan menyatukan rakyat.
Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) hanya akan bekerjasama dengan parti yang berkongsi matlamat membina negara dan menyatu rakyat.
- Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerjasama BN-PH untuk PRN17 Sabah dan menolak parti yang berpotensi merosakkan gabungan.
- Zahid menyeru UMNO Sabah agar bersatu dan bekerja keras memastikan kemenangan dalam PRN akan datang.
Beliau juga berkata trend politik dunia kini menyaksikan pembentukan kerajaan melalui kerjasama dengan beberapa parti.
"Pilihan yang terbaik adalah kerjasama antara BN, PH serta parti yang sependapat, ini kita lakukan kerana dalam mana-mana pilihan raya di seluruh dunia, dalam kajian saya terdapat 77 negara tidak dapat membentuk kerajaan secara dominan.
"Oleh itu, kita tidak perlu tamak kuasa... kita perlu yakin berkongsi kuasa untuk penyatuan, perpaduan serta untuk kesepakatan politik dan itu adalah jalan yang terbaik untuk kita lakukan," katanya.
Ahmad Zahid turut meminta semua bahagian UMNO di Sabah saling membantu dalam melaksanakan gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon yang bertanding pada PRN17 Sabah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami